8/20/2010

SELENDANG IBU

Hamparan kasih ibu
menyingkap cerita kasih dan sayang
yang hadir dalam jiwa ibu
ialah anak
hari ini bukan hari lahirmu
ku berikan sehelai selendang
yang harganya tak semewah kasihmu
aku adalah anak
anak yang banyak menghirup
madu kasihmu
yang tak terhabis hingga hujung hayat ibu
selendang itu ku letakkan di kepalamu
penghujungnya menutup dadamu
aku ungkapkan kata sayang ditelinga ibu
sudah banyak dia berjasa pada
jasad dan roh ini
tidak terbalas jasanya
walaupun aku korbankan nyawa ini
kasih ibu hingga hayatnya
tidak terkikis
wajahnya yang tenang membuatkan aku tersenyum
mungkinkah hidupnya kesampaian
aku merenung wajah ibu yang tenang
membuatkan air mata menitis
selendang itu ku biarkan menutup wajah ibu
kerana bagi ku
tuhan yang menyanyangimu
Penyair by penguin_kota.