9/25/2010

Aku Sayang Kamu, Aku Cinta Dia...


Dalam meniti arus percintaan
Aku terperangkap
Dalam mainan hatiku
Dalam mainan takdir

Kerana takdir
aku berpisah dengannya
Kerana takdir jua aku bertemu kamu
Tapi hati aku masih keliru
Kerana aku rasa
Aku sayang kamu, tapi aku cinta dia

Maafkan aku kerana…
Aku masih menyintai dia
Aku masih mengingati dia
Aku masih berhubung dengan dia
Aku masih merindui dia
Aku tahu takdir telah tersurat
Dia bukan milikku
Dia hanya kenangan silamku
Dan Kamu adalah hidupku kini
Cuma aku belum pasti dengan hatiku sendiri

Beriku masa,
 beriku ruang...
Untuk mencari sejauh mana
Hatiku menyayangi kamu
Menyintai kamu
Tolong fahaminya
SAYANGKU...

By : Bicara Sentuhan Jiwa~

9/20/2010

Aku Dan Kau

Mulanya hatiku merasa gundah
dikau terus menjauhkan diri
dhomir menjadi resah gelisah
menggapai cintamu sayang nan suci

Mengapa gerangan dikau mudah berubah
bagaikan buih dilanda gelora
duhai kasih kini hatiku menjadi gundah
dikau menghilang entah ke mana

Dulu dikau menggamit hatiku
madahmu manis bagaikan madu
namun dihomirkan jadi terharu
lamunan kasihku menjadi celaru

Aku terus tabah madahmu berhelah
kupohon restu Allah S.W.T Maha Pemurah
kupanjatkan doa pada Ilahi
agar ingatan diriku menjadi suci

Kini laman hatiku tidak bergelora
pengabadian pada Ilahi terusku jana
kulupakan dikau buat selamanya
diriku kini merasa bahagia

Biarlah dikau menghilang diri
cinta kasihmu pernah berduri
debu cintamu terbang bertaburan
tidak sekali-kali akan kukenang

Pada insan lain harus berhati-hati
cinta yang indah mudah menjadi basi
takarrubkan diri pada Ilahi Rabbi
menggapai keredaan suci dan abadi

Hasil Nukilan:
Hambali Abdul Razak

Kau wanita aku pun wanita !!

Dengan nama ALLAH yg Maha..
Pengasih lg Maha Penyayang..
tangan ini kaku..
bibir ini kelu..
tapi biarlah hati ini yg bermadah..


Aku bukan siapa-siapa ??
tapi aku saudaramu yg sygkan kamu..
aku bukan siapa-siapa..
tapi aku ingin sekali dekat dgn kamu..


Andai dihitung nilai dunia..
akan sama nilainya dengan nilai seorang wanita..
aku bukan siapa-siapa..
tapi aku mahu tersenyum bersama kamu..




Aku bukan siapa-siapa ??
tapi aku mahu memegang lembut tanganmu,
aku bukan siapa-siapa,
tapi aku saudaramu,
yang kasihkanmu.


Aku ingin kita tersenyum diSana.
aku ingin kita berpegang tangan disana,
aku ingin kita bersama disana,
dunia ini hanya pinjaman,
keseronokan hari ini akan hilang,
kegembiraan hari ini akan pudar.


Aku bukan siapa-siapa ??
dan kamu juga bukan siapa-siapa..
kita sama disisi ALLAH..
kerana itu aku sygkan kamu..


Memang susah memang payah..
aku juga seperti kamu..
aku juga rasakannya..
kerana aku bukan siapa-siapa..
aku juga manusia..
tapi bukankah Allah telah berjanji..


Barang siapa yang sabar melakukan ..
kebaikan maka Allah balas mereka ..
dengan nikmat dan rahmat..
memang nikmat itu lambat..
memang nikmat itu tak terlihat..
tapi yakinlah..ia ada dihadapan nanti..


Aku bukan siapa siapa ??
tapi aku saudaramu..
padamkan lah sikap dendam mu..
mari lah kita bersatu bersama..
demi sebuah kehidupan yang..
indah tanpa sebarang Amarah didada..



Aku bukan siapa-siapa ??
tapi aku benar-benar sayangkan kamu...
Insya ALLAH ...