4/24/2011

Sabarlah Wahai Hati ...

  Aku merasa seperti,..
ada yang hilang ???
tanpa tahu apa yang sudah aku temui
aku merasa sudah menemui
tanpa tahu apa yang aku cari
dan aku seperti mencari
tanpa tahu apa yang aku hilang.

Seseorang yang kita fikir,
adalah milik kita
ternyata bukan benar-benar milik kita
kita memiliki hatinya, tubuhnya dan cintanya
tetapi kita tidak akan pernah memiliki
jalan hidupnya...

"Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada 
manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. 
Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah 
nescaya dicantum-cantumkan-Nya. 
Ertinya cinta dengan ALLAH pasti berbalas. 
Dan ALLAH tidak membiarkan orang yang 
dicintai-Nya menderita di akhirat.”



4/22/2011

Hanya ENGKAU Segalanya Yg Ku Ada...


Ya ALLAH..KehadiranMu selalu ada,Dalam setiap helaan nafasku,Tak sehela pun tanpa kehadiranMu, 
Ya ALLAH..Engkaulah pelepas ,Dahaga jiwaku, Engkaulah penghapus rasa lapar jiwaku, Penyejuk mata, cahaya akal, pengharum batin, Engkaulah penawar racun didalam raga hambamu ini… You are my everything, You are the step I made, You are my daily sunshine....

Ya ALLAH..Jangan tinggalkan aku, Jangan jauhi aku jika ku salah, Tak ada yang lebih baik,Dari semua yang ku miliki kecuali Engkau, Tak ada cinta yang lain, Tak akan ku mencintai apapun diduniaMu,Yang akan membuat,Engkau cemburu dan marah,Lalu meninggalkan ku, 
Ya ALLAH,TAK AKAN aku berselingkuh, Dengan Tuhan lain selain Engkau, Tak akan ada cinta yang lain,Selain-MU wahai ALLAH...
"Sungguhnya manusia tidak dapat lari dari ujian dan penderitaan di dalam kehidupan dunia ini. Silih bergantinya cubaan dan penderitaan itu akan dihadapi dengan tawakal  oleh orang-orang yang sabar sebagai rencah kehidupan sementara di dunia. Hidup tanpa menderita merupakan perkara yang jarang berlaku, walau bagaimana kecil pun penderitaan yang dialami maka ia tetap dikira sebagai CUBAAN"

Tolong Lihat Jiwaku...

Ya ALLAH,
Kerinduanku bukan...
lagi menggunung,
Melainkan telah mencapai langit,
Bukan lagi setakat membuatku menangis,
Namun telah membuat jasadku Koma dan Longlai.

Detak jantungku,
 Tak lagi teratur...
Kerinduan yang tak tertahankan,
Oleh apa dan oleh siapapun,
Makin kutahan makin serabut jiwa ini,
Makin kusimpan makin membayang wajah itu.

Sekali lagi ,
Tolong sentuh hatiku,
Tolong lihat jiwa ini...
Tolong dengar dan rasa,
Setiap Gundah, Air Mata dan setiap RINDU ,
Yang TERSIMPAN rapi untuk-Mu.
Menjadi bahagiaku kiranya,
Kau jua turut rasa seperti apa yang kurasa???

4/15/2011

Suamiku...

SUAMIKU…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…

SUAMIKU…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…

SUAMIKU…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…

SUAMIKU…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar hingga ke siang
Biar ianya memberi seri
Dan menyinari hari-hari kita yang mendatang
Kerna aku sungguh kasihkanmu
….....KASIH SAYANG dari ISTERIMU…...

4/12/2011

KuLakar Senyumku wlu dalam diam...


Ku Lakar hari2ku dgn seribu 
Harapan, ku ukir Senyuman..
dgn sejuta makna. Aku yakin aku mampu..
lakukan apa yang terdaya..

Namun kekadang keyakinan..
ku runtuh jua..bukan kerana ku putus asa..
hanya kerana ku takut semua pengorbanan..
hanya tinggal harapan..

ku sembunyikan kesedihan disini..
ku lakar kisah gembira biar semua ketawa..
Aku buang jauh erti wujudku..
biar tiada Seorang pun Terluka..
.
ku simpan luka ku sendiri..
ku harap ia akan hilang nanti..
 bersama masa yang silih berganti..
biar bila ku tiada nanti..
masih ada Senyum Tawa tertinggal disini untukku..
aku sayang Diriku, Dirimu jua Semuanya wlu dlm bisu...

Nadiku + Rinduku = Kamu ...

Sakitnya Rindu,
Pedihnya perit mengusik jiwa
Hendak ku sampaikan tapi pada siapa.
Kalau boleh ingin aku lagukan rinduku
Namun pasti bait nya mengundang tangis



Andai ku coretkan pada kertas
Rinduku pasti kan penuh sehalaman
Andai boleh kusampai kan
Pada bulan pada bintang
Simpankan lah rahsia ku nan satu itu,


Bawala ia kepadanya.
Rasakan la ia padanya
Sakitnya rindu
Pedihnya perit.


Bukan hendak merasakan padanya
Rasa derita rindu
Tetapi ku hanya hendak
Menyampai kan pesan hatiku.
Rinduku bukannya lautan
Yang ada pasang surutnya
Rinduku bukannya musim
yang ada penggal-penggalnya


Kerana,
Rinduku ini adalah sekeping rasa
Yang tak pernah hiilang..
Ianya sejuk bagaikan udara
Ianya terang bagaikan cahaya.

Dan pastinya
Ianya tiap detik degup nadiku.
Kau rinduku,
Kaulah nadiku,
Tak mungkin dapat ku hidup
TANPAMU, Sayangku ..Rinduku.


Walau pun perit sakitnya rindu,
Namun kau tetap yg kumahu.
Satu-satunya KAMU.
Nadiku, Rinduku.

Nukilan:
Feeza A. Hassan

4/11/2011

Welcome Home SAYANG...


Diri ini yg sllu menyembunyikan,
Air mata ketika kau pergi wlu buat seketika,
Diri ini Yg rela tidur tanpa selimut demi melihatmu,
Tidur nyenyak dgn selimut yg membalut tubuhmu,
Diri ini yg Sllu mengusap lembut kepalamu .
Dikala kau sdng lena b'sama mimpi-mimpimu..

Diri ini juga yg menitiskan airmata saat,
melihatmu terbaring sakit..?
Diri ini yg sllu menantikan kepulanganmu,
yg sllu rindu akan senyumanmu.
Dan Diri ini juga yg sedang berdiri menantimu 
Di depan pintu rumah walau pun malam kian larut.
Bahkan Malam Menjemput Siang.


Welcome Home SAYANG ...
Senyuman Indah dan Bahagia Menantimu diSini ..



Be at peace with yourself...

Be at peace with yourself
Be at peace with the world
Let your anger, hurt, and problems of the day
Go down with the sun each evening.

Let joy, happiness and hope
Rise in your heart with the sun each morning.
Be at peace with yourself 
Be at peace in your world.

Thx For Being My Friend, My Lover N My Husband...

To My Husband
Thank You for being my Friend.
Thank You for being my Lover.
Thank You for being my Husband.

Your friendship is a gift most valued and cherished.
You listen with an open mind, never criticizing or scolding.
You share the good times and the bad with love and kindness.
You have always been a friend from the first time we met.

Your love is exciting, passionate and tender.
Time spent in a place unknown to others.
Memories long cherished of great desire and sharing.

Your partnership feel both secure and familiar.
Year of sharing, growing and discovering.
A bond between two souls, not described by mere words.
Than You for being my
 Friend, my Lover, my Husband.
I'll love you till die ....

Staring Tamilku...

Hanya dia yang ada di Mataku..
Hanya dia dalam setiap Nafasku..
Hanya namanya meniti di Bibirku..
Hanya tentang dia yang kusebut selalu..
Aku pasti dan sangat pasti..
Fikiran dan mindaku hanya dia kini..

Aku nampak wajahnya dalam setiap wajah..
Aku dengar namanya dalam setiap nama..
Setiap lagu yang aku nyanyi..
Aku tujukan untuk dia..
Cintanya telah memenuhi segenap deria..

Hanya dia yang akan memilikiku..
Hanya dia yang aku mahu..
Hanya dia pilihan hatiku...
Hanya dia cintaku yang paling bermakna..
Sesungguhnya..

Cinta dan Sayangku padanya..
sungguh Luar Biasa..
Aku kagumi cintaku terhadap dia..
Cinta ini... ??? Memang ..
Cinta yang paling gila di Semesta Alam..

4/07/2011

Aku Harus Redha, Sabar Dan Memahami...

Dengan kertas putih temanku berbagi.
tinta pena yg sllu setia menemani.
Bila terlalu lemas dalam kerinduan
Air mata selalu mengiringiku...
Aku gelisah hidup jdi tak menentu
Aku ingin dia selalu di sisi,
tapi sebagai pasangan hidupnya
aku harus Redha , Sabar , Memahami juga
Menyayangi semua kehidupanNya.

Kadang senyum pun terpaksa
menghiasi tapi Sepi juga teman
Yg setia disisi ... TANPANYA... aku hilang arah
hilang jejak seakan-akan aku
tak mengenali diri sendiri...

Dialah Sahabat , Cinta Hati juga
Suami Kesayangan Hamba... 
Kesempurnaan nya membuatkan
aku jatuh cinta selamanya
jatuh cinta seumur hidup ini
setahun bersama nya , cukup bagiku
untuk melakar sebuah kehidupan
seperti cerita dongeng yang 
sarat dengan kecintaan ,
 pengabadian perjuangan..


 pendek kata serba 
serbi tentang nya.. Sungguh Indah.
 aku sayangkan nya 
lebih dari segala2nya yang aku ada..
Ya ALLAH ... tolong kuatkan hatiku
bulatkan tekadku , tambahkan kesabaranku,
kerna aku cintakanya Zahir dan Batin..

Puisi Untuk Sang Putri...

Pic Dri Google~

Selagi badan masih di kandung nyawa,
Selagi masih ada pen dan kertas,
Selagi masih ada  PC dan Keyboard,
Selagi itu aku akan menulis apa yg aku rasa nak tulis.

Hanya mencoret kertas usang,
Untuk melepas Kasih dan Sayang,
Jangan pula kerna itu,
hamba dianggap gila,
takat melepaskan niat suci di hati hamba..he3x..

4/05/2011

Saat Rindu Berbisik


Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.
15 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan salaman dan senyuman yang paling manis.
“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe...
Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul.“Mestilah abang rindu isteri abang...” Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.
Begitulah rutin harian mereka semenjak empat tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.
“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni?”…Haris cuma mengerutkan keningnya.
”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”, Haris menjawab panjang.
“Tapi Ris, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mmpu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar...Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...”, Norman mengusulkan cadangannya.
Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Haris dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Haris. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul.
Sampai sahaja di rumah Haris, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu. ”Hai Nurul..tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isi?”, ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih.
“Tak ada rezki lagi mak...”, jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.
Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan. ”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”, ibu Haris memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.
Haris mengeluh panjang. ”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi...” jawab Haris. “Mak tahu Ris…Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”, ibunya memberikan cadangan. “Tengoklah macam mana mak…”, Haris menjawab dengan acuh tidak acuh.
Semenjak pulang dari kampung, fikiran Haris bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.
Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Haris mula menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi gurau senda mahupun kata-kata romantis yang meniti di bibir haris setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Haris juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu.
Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Nurul tidak jemu menyedikan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Haris. Hatinya kecilnya sering berbisik,“Abang...Nurul betul-betul rindukan abang...”, sambil matanya bergenang air mata kesayuan.
Di pejabat pula, Haris kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Haris mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri.
Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu haris pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Haris untuk memberitahu tentang keadaannya.
Ketika Haris pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Haris menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Haris sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu.
Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya, kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor, Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan. Lantas dia memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Haris tentang berita gembira tersebut.
Nurul menunggu kepulangan Haris dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Namun ternyata Haris tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa.
Pagi besoknya, Nurul terdengar kereta Haris masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.
”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi? Nurul rasa risau sangat...”, tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.
”Tidur rumah Norman...”, jawab haris ringkas.
“Abang, sayang nak tanya sikit boleh?”. Haris mengangguk perlahan.
“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi…”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.
Haris yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.
“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?”, Haris menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.
Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Haris bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri.
Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Haris yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya.
“Sayang, maafkan abang…Abang tak tahu sayang mengandung.” Haris dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Haris benar-benar menyesal.
Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Haris tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Haris mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya. Haris insaf.
Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Haris membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.
Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Haris. Pada awal kandungannya, doktor sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor untuk merahsiakan dari Haris semata-mata untuk membahagiakan suaminya.
Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Haris menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.
Abang…pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dapat menjadi isteri abang. Namun, sejak abang mula menjau, sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selama ini. Abang...sayang benar-benar rindukan abang. Sayang rindukan abang yang amat sangat. Andai sayang terkorban, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana abang menjaga sayang selama ini. Abang, ampunkan segala dosa sayang dan halalkan makan minum sayang...Yang merinduimu, Nurul.
Air mata Haris bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.
“Encik Haris, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar mnyelamatkan anaknya berbanding drinya kerana katanya Encik Haris sangat-sangat inginkan anak ini.”
Haris terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis.
“Ya Allah, selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya Allah…Selamatkan jua zuriat kami ya Allah, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi...amin.”
Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Haris.
”Tahniah Encik Haris, anak encik selamat, anak lelaki.”
“Alhamdulillah...”, Haris mengucap syukur.
“Isteri saya macam mana doktor?”
“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.”
Haris tunduk, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya.
Nurul yang masih lemah memandang Haris.
“Sayang...andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Terima kasih sayang...Abang cintakan sayang…” Haris mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul.
“Sayang juga cintakan abang. Terima kasih abang…”, Nurul menjawab kemudian terlena kerana berasa terlalu penat.
Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri....