4/11/2010

Terkadang Kita Lupa

Terkadang kita leka

Terkadang kita alpa
Terkadang kita lupa..

Sedikit ujian dari Ilahi
Tersentap jiwa bila diuji
Mula rasa kesal di hati
Mula rasa sedih menghantui
Mula rasa kalah tak terperi

Kenapa rasa kalah bila diuji?
Sedangkan ujian diberi hanya untuk mengingati
Dia uji kerana menyayangi
Dia uji kerana sangat mencintai

Tidak mahu kamu terus lupa
Tidak mahu kamu terus leka
Tidak mahu kamu terus alpa

Terima kasih, Allah kerana masih menyayangi......