3/28/2011

Aku Terima Maharnya...

Setelah anda sah bergelar suami dan isteri, sayangilah isteri anda sebagaimana anda menyayangi nyawa anda sendiri. Sesungguhnya dia sangat berharga. Di saat anda melafazkan akad nikah, ingatlah bahawa anda telah mengambil alih segala amanah yang sebelum ini terpikul ke atas walinya. Jadikanlah dia wanita syurga dengan segala kelebihan yang Allah SWT kurniakan buat dirimu..


Heningnya,
Sunyi suasana..
Lafaz sakinah bermula..
Apa rasa..
Diterjemah hanya..
Sebak Abah, Tangis ibunda..

Adalah Aku, 
Wali Puteriku..
Serah kini amanahku ini pada mu..
Nafkahilah Dia, Curah Kasih dan Cinta..
Lebih dari yang ku berikan kepadanya..

Dulu Esakkannya, 
Sandar di Bahuku..
Tangisannya kini ku Serah Padamu..
Bukan bermakna, dia bukan milikku..
Fitrahnya perlukanmu..

Jadikanlah dia,
Wanita Syurga..
Mengerti benar akan maharnya..
Taat itu bukan hanya pada nama..
Indah ia pada maksudnya..

Ku akur,
Akan pesanmu..
Puterimu kini Amanahku..
Iringilah dengan doamu..
Bahagia Kami dari Redhamu.