Terima Kasih isteriku
kerana cintakan aku
kerana sayangkan aku
kerana kasihkan aku
Terima kasih isteriku
meninggalkan duniamu dulu
untuk hadir di daerah ini
yang dulu kosong dan sepi
namun berpenghuni kini...
Terima kasih isteriku
kerana kau belajar memahami
denai-denai gelap silam
bersama naluri dan hikmah
membawa nur dan harapan
yang kian terpancar indah...
Terima kasih isteriku
tulus suci di sanubari
mewarnai indah dada pelangi
melungsuri waktu-waktu sunyi
rindu dendam menggigit hati...
Terima kasih isteriku
tidak terucap lagi
hanya Dia yang tahu
yang kelu di lidah ini
yang bermain di benak ini
yang tersimpan di dada hati...
Terima kasih isteriku
kerana melahirkan zuriat abang,
zuriat kita
kerana meneruskan warisan abang,
warisan kita
moga puteri ku sayang
seindah az-zahra, di taman cinta kita...
Nukilan:unclejoe~